Di Malaysia banyak kes ajaran sesat berlaku,mereka yang tidak mengikut Al-Quran and sunnah diwartakan sesat.Sudah tentu mereka percaya apa yang mereka faham tidak bertentangan dengan Al-Quran dan sunnah.
Semua ahli kitab kecuali atheist mencari dan mensucikan tuhan.Setiap agama itu adalah baik cuma tauhid atau definisi sifat tuhan itu sahaja yang membezakan antara satu agama dengan agama yang lain akibatnya manusia berbalah menegakkan pendapat masing-masing dan menuduh sesat antara satu sama lain hanya kerana berbeza pendapat.
Pebezaan definisi tentang Tuhan menjadi punca kekacauan sejak dari mula lagi manusia ingin mengenal Tuhan.Jika diambil kira agama itu cuma lebih kurang sama seperti "rules and regulation/standard procedure" perundangan di dunia ini untuk menyenangkan kita agar kehidupan kita lebih harmonis.Kalau satu dunia kita mempunyai satu agama,maka kita cuma ada satu versi "rules and regulation/standard procedures" sahaja,satu buku satu kitab dan satu rujukan.Senang hendak kontrol manusia.
Apakah agama itu sengaja Tuhan jadikan sebagai punca perbalahan dan kita manusia umpama ayam sabung yang mana akhirnya terbunuh hanya akibat isu penting ini.Atau mungkinkah agama itu sebenarnya hasil ciptaan manusia untuk mengawal rakyat,pengikut atau mengawal empayar sesuatu kerajaan di zaman silam atau erti kata lain politik zaman kuno.Percayakah anda jika sememangnya ada cuma satu agama yang benar2 dari Tuhan?Iaitu Islam?Bagaimana kita hendak tahu kebenaran?Bukankah hidayah itu dari Tuhan.
Bertitik tolak dari ini,cubalah kita menilik diri kita sendiri sebelum menilai orang lain,kenali diri sebelum mengenal yang lain,"siapa aku dalam diri aku".Manusia lebih berminat untuk menyibuk hendak mengetahui perkara yang di luar sana.Padahal diri kita sendiri kononnya khalifah bumi ini dan amat istimewa kejadiannya takut untuk menggunakan otak untuk mengkaji bab rohani.Takut nanti lari akidah,bukankah itu umpama perisai agar bijak pandai terkemudian tidak berani menepis pendapat bijak pandai terdahulu,sedikit berbau politik?.Akibatnya dari segi evolusi kerohanian manusia terbantut berbanding evolusi kemajuan material.
Para saintis eropah banyak mengkaji Al-Quran dan hadis dan mendapat manafaat kerana tidak ujud soal lari akidah,mereka terus mengkaji dan mengkaji dan menemui penemuan terbaru,tp kita??????
No comments:
Post a Comment